Pages

Saturday, 17 September 2011

Double Prosperity Part 1

Setelah hampir setahun berumahtangga,



kawe dikhabarkan bahawa isteri kawe telah mengandung 8 minggu (lebih kurang 2 bulan la...) demo nok tahu dop betapa gumbiranya kawe dengar kabar gumbira tu...dalam pada itu, isteri kawe ado masalah pendarahan pada kandungan nya....dalam pengalaman pertamanya mengandung, perasaan risau selalu ada, lalu isteri kawe pergi buat pemeriksaan doktor (tanpa pengetahuan kawe)...lepas balik dari jumpa doktor, dia menangis.....kawe xtau bakpo dia menangis...isteri kawe oyak (bagitau) doktor cakap kat dio kandungan dia ada harapan 50-50 untuk survive...Astaghfirullahalazim.....remuk redam hati kawe dengar berita tersebut...tapi naluri kawe sebaliknya......kawe tak puas hati dengan khabar tersebut...dalam masa yang sama kawe berdoa banyak2 semoga khabar buruk itu hanya mimpi dan diharapkan ada kesilapan...

Keesokannya, kami pergi buat pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan / O&G...Klinik FOO di Kota Bharu, dalam keadaan isteri kawe yang tak sehat bercampur aduk dengan alahan + khabar buruk...kawe menunggu giliran untuk rawatan...

Hasil dari imbasan yang menggunakan mesin Ultrasound, Doktor Foo cakap " Ok, Baby anda sehat...janin sempurna....." ...ALHAMDULILLAH.....kami bersyukur, selepas tu doktor foo terus membuat imbasan untuk melihat denyutan jantung dan keadaan janin....lalu dengan keadaan dengar tak dengar doktor foo cakap...." Ehh....ada dua EKOR....." kawe terkezut beruk dengar.....apa yang ada ekor??? doktor ke? haha....rupa-rupanya kandungan isteri kawe tu kembar....ALLAHUAKHBAR....kawe bersyukur sangat2....berita sedih yang kawe dengar tu bertukar double gembira.....
Twin scan 8 weeks









BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment