Pages

Sunday, 25 September 2011

Kisah Budak Penjual Kueh ( Story A+ )


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu... Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sampil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"

Molek sungguh budi bahasanya! Mamak di restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpancul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa, abang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya...!

Thursday, 22 September 2011

Malam Jumaat

Salam Malam Jumaat semua..hehe

Kalu sebut je malam jumaat, sengih je korang ni...entry yang kawe nak nak cerita ni bukan 18SX ok...
Malam2 jumaat mi kawe nak bergurau senda je ngan citer-citer lawak...tapi sebelom tu kalu buleh baca Yassin dulu k...ni dia link surah yaasin kalo demo nok baco --> http://yassin-ks.blogspot.com/

Ni kawe nak kongsi citer-citer lawak untuk tatapan semo deh..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL’AZEEM “
Tu la dahsyatnya malam Jumaat..



kredit untuk http://suhaimy.org/cerita-lawak/keajaiban-malam-jumaat/

Wednesday, 21 September 2011

Rumah Terbuko

Salam kekenyangan untuk semua....

Hehe....kenyang doh ko blako?? kawe baru lepas gi beraya....hari Bank-bank ado buat jamuan raya...nak kata rumah terbuko buke rumah la plak..hehe....

Macam biasa la selagi bulan syawal tak habis.....selagi tu la ada insan yang baik hati buat rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturahim dan merapatkan jurang2 yang sebelom ni renggang...bukan renggang gaduh tp renggang sebab terlalu sibuk, tak ada masa nak berjumpa atau sembang2 kat kopitiam...

Kawe baru lepas melantak Lontong, nasik kak wok, ketupat, kek, akok pon ada....hehe, buah moktam (rambutan) pon ada....

Hari ni saje ada 5 jemputan, tp sempat pegi 2 tempat jer...sebab full tank dah...

Ok la...solat pon belom lg....THANKS kepada yang menjemput....

Tuesday, 20 September 2011

Gilo Jantan

Salam semo warga dunia....hehe, dunia trusss...

Jange saloh sangko pasal topik tu deh....sebenarnya kawe nok crito la skit, pertama kali selepas kawe berumah tangga ni ado tino GILO yang sengaja nak kacau rumah tangga kawe....tp kawe dapat detect lebih awai....

Macam-macam cara dan tipu daya yang dibuat utk meruntuhkan rumahtangga kawe...bg kes ni macam dia bertepuk sebelah tangan la....kawe tahu kelakuan dio pelik....tp cara penipuan dia ni kawe GREDkan kelas A- la....hahaha.....

kalu kawe nok oyak panjang2 nnt mengaibkan dio plak....tp kawe xsangko la ado jugok tino gilo jate pada tahap tinggi.....rela mengupah orang, menipu orang....,ish2.....

Tipah Tertipu

Hari semua rahsia dan muslihat si bedebah telah terbongkar.....
kenapa lah ada jugak mangkok hayun yang sengaja memecah belahkan keluarga kawe...
Kita niat nak berkawan, tp niat dia lain....

Ya Allah...engkau Maha Penyayang yang memelihara hubungan keluarga ku....


Salah satu PERBUATAN yang dibenci oleh Allah s.w.t adalah sikap suka menghasut (mengadu domba), memecah-belahkan ukuwah Islamiyah dan silaturahim.

Monday, 19 September 2011

Rutin hari seorang BAPA

Kalu demo semo nok tahu...rutin kawe hari sejak bergelar bapa ni ialah :

  • Berjaga malam sebab baby2 memang akan bangun malam nak minum susu dan tukar pampers
  • Buat susu ANMUM (Infacare)...
  • Tukar pampers
  • Riba baby2 secara bergilir-gilir
  • Tiap2 bulan hantar rawatan ke klinik desa
Sebelom pergi kejer
Tengah Malam



Rutin yang kawe xreti lagi:
  • Mandikan baby2...takut terjatuh sebab licin 
  • Tu je kot xreti....yang lain2 memang insyaAllah buleh buat la kot

Kalu demo tgk mace kawe plak buat semua pasal jaga baby2 kan??? sebenornya....isteri kawe pon buat jugak...dia yang banyak buat semua tu...kawe just tolong2 jer sbb nak jaga baby kembar ni perlukan sokongan IBUBAPA jugak....kalu tak, memang kesian la.......

Kelahiran Merdeka Raya

Kawe nok crito plop pasal saat2 kelahiran bayi kembar kami...macam biasa, isteri kawe dah amik cuti tanpa gaji 2 bulan untuk persediaan bersalin...macam biasa, kawe bawak isteri kawe ke spital untuk check up..pada 15 ogos 2011, isteri kawe ado appointment dengan pakar kembar di HUSM, kubang kerian...appointment ni bertujuan untuk melihat kedudukan baby2 utk proses kelahiran kerana pada waktu tu dah sampai 36 minggu..(tempoh normal kembar untuk bersalin)...

Setelah berjumpa doctor dan dibuat analisis...doktor bagitahu bahawa saiz kandungan kembar kami tidak sama besar dan xsama berat...anggaran dalam 1.8kg dan 2.4kg, ...doktor cakap perbezaan berat terlalu banyak...jika isteri kawe tiada tanda utk bersalin lagi dlm masa 2 minggu, kemungkinan baby kedua kami ada infection dan akan mengalami keguguran. Doktor buat keputusan supaya kelahiran disegerakan....tanpa berfikir panjang, sy terus bersetuju atas nasihat pakar...

Tuhan Maha Kaya, pembukaan jalan isteri kawe dah pon 3 cm masa buat rawatan, tapi dia xrasa sakit pon..doktor cakap, paling awal malam nnt isteri kawe bersalin....dengan perasaan gembira + gementar + takut....kawe menanti saat2 bersejarah tu...tp malam tu memang isteri kawe xnak bersalin lagi...pada keesokannnya iaitu pada 16 ogos 2011, nurse cakap isteri kawe dah 4 cm dan boleh masuk labor room , dan selepas air ketuban di pecahkan isteri kawe akan bersalin...InsyaAllah..

Kawe menemani isteri kawe masuk ke labor room lebih kurang jam 11 pg..doktor cakap lepas air ketuban pecah kemungkinan dalam pkl 4 isteri kawe akan bersalin...tp Tuhan Maha Pemurah dan Berkuasa...isteri kawe sakit lebih awal dan tepat pada pkl 2.07 petang, puteri kawe yang pertama di lahirkan ke dunia...dengan berat 2.35kg....selang 10 minit, puteri kawe yg kedua pulak dilahirkan pada pkl 2.17 ptg..dengan berat 1.6kg....kecik kan??
1st twin, 2.35kg

2nd twin, 1.6 kg



Kedua dua baby kami di letakkan di unit kawalan rapi, 1st twins duk 1 minggu kat wad sebab ada kuning, dan 2nd twin duk 2 minggu sebab nak tunggu berat naik sekurangnya 1.8kg...

Boleh dikatakan tiap2 hari kawe ulang alik ke hospital untuk tengok  dan tahu perkembangan baby2 kawe dari doktor pakar....

Alhamdulillah...2 hari sebelom raya, semua baby2 kawe buleh balik raya....tp doktor nasihatkan tidak disentuh oleh orang ramai...sebab takut berlaku infection kuman pada adik terutamanya...
Kakak siap posing dah

Adik siap angkat tangan nak sambut merdeka


First time duduk bersama selepas di lahirkan ke dunia

Buat pertama kali pada tahun 2011 ni, merupakan tahun yg sangat bertuah ...pertama kali kawe beraya bersama isteri dan anak2.....THANK YOU ALLAH

Hari Raya 2011, bersama insan-insan tersayang

Double Prosperity Part 2

Oleh kerana mengandungkan anak pertama, so agak berhati-hati juga lah....dari segi penjagaan makanan amat lah di ambil berat, emosi isteri kawe pon sangat tidak stabil...peringkat awal kehamilan sangat2 la teruk alahannya...di tambah lagi isteri kawe duduk berjauhan iaitu jauh di pedalaman sarawak...tapi kawe tahu isteri kawe kuat menempuhi dugaan ni...kawe hanya mampu bagi kata2 semangat dan dorongan...


Mengidam bagi isteri mengandung adalah perkara biasa...mcm2 makanan nak makan....tp xda la makanan yg pelik2....semua yg boleh diperolehi... bukan saje isteri kawe mengidam, kawe pon raso mengidam jugop....malu pon ado kalu nok cerito kokram...tp xda la teruk, tp rasa nak makan asam2...nak makan pizza pada tgh malam...nak makan bubur kacang, masuk dapur bau maggi.....pastu rasa nak makan sangat2.......so itulah mengidam yang kawe raso...hehe..











Tup..tup...nak dipendekkan cerita, kawe nok oyak cerita pada saat2 kelahiran pulop.....tgk entry berikutnya.....

Saturday, 17 September 2011

Double Prosperity Part 1

Setelah hampir setahun berumahtangga,



kawe dikhabarkan bahawa isteri kawe telah mengandung 8 minggu (lebih kurang 2 bulan la...) demo nok tahu dop betapa gumbiranya kawe dengar kabar gumbira tu...dalam pada itu, isteri kawe ado masalah pendarahan pada kandungan nya....dalam pengalaman pertamanya mengandung, perasaan risau selalu ada, lalu isteri kawe pergi buat pemeriksaan doktor (tanpa pengetahuan kawe)...lepas balik dari jumpa doktor, dia menangis.....kawe xtau bakpo dia menangis...isteri kawe oyak (bagitau) doktor cakap kat dio kandungan dia ada harapan 50-50 untuk survive...Astaghfirullahalazim.....remuk redam hati kawe dengar berita tersebut...tapi naluri kawe sebaliknya......kawe tak puas hati dengan khabar tersebut...dalam masa yang sama kawe berdoa banyak2 semoga khabar buruk itu hanya mimpi dan diharapkan ada kesilapan...

Keesokannya, kami pergi buat pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan / O&G...Klinik FOO di Kota Bharu, dalam keadaan isteri kawe yang tak sehat bercampur aduk dengan alahan + khabar buruk...kawe menunggu giliran untuk rawatan...

Hasil dari imbasan yang menggunakan mesin Ultrasound, Doktor Foo cakap " Ok, Baby anda sehat...janin sempurna....." ...ALHAMDULILLAH.....kami bersyukur, selepas tu doktor foo terus membuat imbasan untuk melihat denyutan jantung dan keadaan janin....lalu dengan keadaan dengar tak dengar doktor foo cakap...." Ehh....ada dua EKOR....." kawe terkezut beruk dengar.....apa yang ada ekor??? doktor ke? haha....rupa-rupanya kandungan isteri kawe tu kembar....ALLAHUAKHBAR....kawe bersyukur sangat2....berita sedih yang kawe dengar tu bertukar double gembira.....
Twin scan 8 weeks









BERSAMBUNG

Bicara Manis Buat Korang

Salam 1 Malaysia...cewah...




Pertama kali, kawe nak ucap terima kasih la sebab sudi masuk dalam blog kawe ni....sebenarnya dah lama rasa nak mencebur dalam bidang blogging nih....tp apakan daya, masa tidak mengizinkan kawe untuk perfoya-foya dalam blog...hehe..


Sekarang ni ada sedikit kelapangan dalam untuk mencoret dan mencatit entry2 dalam blog...bukan apa, aku berasa kitar hidup aku dah berubah dan terpikir ianya perlu di catit dalam kamus hidupku...cewah...puitis la  plak...


Untuk tahu lebih lanjut mengenai kitar hidup aku, ikutilah entry2 terbaru yang akan aku catit nanti..


Terima kasih