Pages

Saturday, 8 October 2011

Nuffnang???






Salam semua..............

Haha....demo tengok tajuk pastu tgk iklan Nuffnang....mesti pelik kan...tp bagi blogger dan lama berkecimpung dalam per"blogging' an ni....mesti dah tahu kan...

Hari ni baru kawe reti guna Nuffnang...sebelom ni just tgk mcm kucing tgk tiang jer...xtau apa fungsi dio...

kalau korang rajin2...click la kat nuffnag kawe tu deh...

Ok bye...

Tuesday, 4 October 2011

STRESS SANGAT

Salam semua....kenapa ek sejak malam td aku rasa stress sgt2....adoiiiiii....waaaaaaaa.....
aku mana bleh stress....aku ada orang2 tersayang....kalu aku stress macam mana ngan diorang??? Tapi kenapa perlu aku stress?? tp meme sgt la stress....xtau kenapa dan xtau nak buat mcm mana.......huhuhu.......



Sunday, 2 October 2011

Papa Mintak Maaf

Kakak masih demam, tp dah ok skit
Salam semua yang baca post blog kawe hari ni....

2 hari lepas setelah sekian lama kawe x demam....dan dan je ada baby...terus demam...adoiya..!
serentak dengan tu, baby plak demam...mula2 adik yg demam...pastu kakak plak....lps tu kawe plak demam...nasib baik la mummy dia x demam....

Yang kawe sedih nya, bila kawe kena selesema,, kawe xleh la nk pegang2 baby2 ni....nnt makin teruk demam diorang plak....kawe hanya pandang dari jauh, tdo dari jauh jer..huhuhu...baby2 nangis pon x mampu nak buat apa....tp alhamdulillah hari ni dah ok skit, baby pon dah ok...tp masih demam lagi la...mintak2 jangan  la pasni mummy dia plak demam....kalau kawe demam xpo lagi, kalu mummy dia demam....kesian la kat baby2 aku tuh...

Adik dah ok

Sunday, 25 September 2011

Kisah Budak Penjual Kueh ( Story A+ )


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu... Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sampil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?"

Molek sungguh budi bahasanya! Mamak di restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpancul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa, abang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya...!

Thursday, 22 September 2011

Malam Jumaat

Salam Malam Jumaat semua..hehe

Kalu sebut je malam jumaat, sengih je korang ni...entry yang kawe nak nak cerita ni bukan 18SX ok...
Malam2 jumaat mi kawe nak bergurau senda je ngan citer-citer lawak...tapi sebelom tu kalu buleh baca Yassin dulu k...ni dia link surah yaasin kalo demo nok baco --> http://yassin-ks.blogspot.com/

Ni kawe nak kongsi citer-citer lawak untuk tatapan semo deh..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL’AZEEM “
Tu la dahsyatnya malam Jumaat..



kredit untuk http://suhaimy.org/cerita-lawak/keajaiban-malam-jumaat/

Wednesday, 21 September 2011

Rumah Terbuko

Salam kekenyangan untuk semua....

Hehe....kenyang doh ko blako?? kawe baru lepas gi beraya....hari Bank-bank ado buat jamuan raya...nak kata rumah terbuko buke rumah la plak..hehe....

Macam biasa la selagi bulan syawal tak habis.....selagi tu la ada insan yang baik hati buat rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturahim dan merapatkan jurang2 yang sebelom ni renggang...bukan renggang gaduh tp renggang sebab terlalu sibuk, tak ada masa nak berjumpa atau sembang2 kat kopitiam...

Kawe baru lepas melantak Lontong, nasik kak wok, ketupat, kek, akok pon ada....hehe, buah moktam (rambutan) pon ada....

Hari ni saje ada 5 jemputan, tp sempat pegi 2 tempat jer...sebab full tank dah...

Ok la...solat pon belom lg....THANKS kepada yang menjemput....

Tuesday, 20 September 2011

Gilo Jantan

Salam semo warga dunia....hehe, dunia trusss...

Jange saloh sangko pasal topik tu deh....sebenarnya kawe nok crito la skit, pertama kali selepas kawe berumah tangga ni ado tino GILO yang sengaja nak kacau rumah tangga kawe....tp kawe dapat detect lebih awai....

Macam-macam cara dan tipu daya yang dibuat utk meruntuhkan rumahtangga kawe...bg kes ni macam dia bertepuk sebelah tangan la....kawe tahu kelakuan dio pelik....tp cara penipuan dia ni kawe GREDkan kelas A- la....hahaha.....

kalu kawe nok oyak panjang2 nnt mengaibkan dio plak....tp kawe xsangko la ado jugok tino gilo jate pada tahap tinggi.....rela mengupah orang, menipu orang....,ish2.....